Isnin, 28 Disember 2009

sedih....


ohh tidak!!
aku tidak dapat menerimanya,
inikah dugaan perlu aku alami?
tapi kenapa?
kadang-kadang aku tidak sedar akn perbuatan diri sendiri..
mungkin aku telah melukai kamu..
mungkin aku telah mengecewakan kamu...
mungkin aku telah memberi harapan yang menggunung kepada kamu sehingga aku lupa akan janji-janji ku..
maafkan ku..
aku menyesal..
aku tak nak kehilangan kamu

aku sedih..
sedih...
sedih...
sedih...

adakah aku patut mula semula?
YA ALLAH BERKANLA AKU KEKUATAN DALAM MENGHADAPI DUGAAN MU NI ...
PELIHARALA IMAN DAN TAQWA KU YA ALLAH..

Rabu, 16 Disember 2009

Jangan Pernah Berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan


kau Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan


Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah



Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Selasa, 1 Disember 2009

Sahabat....




5 putra & hip3

sahabat ku sekalian...

kita mungkin dipisahkan oleh bidang pengajian yang berlainan...
Namun kita lupa yang hakikatnya kita mempunyai satu persamaan...
mahu atau tidak, kita ibarat sebuah pasukan tentera.
Aku mungkin diletakkan disayap kiri sebagai tentera berkuda dan engkau mungkin ditugaskan sebagai pemanah..
Jagalah sayap masing-masing wahai sahabat.

panahlah tepat ke jantung musuh..
begitu juga dalam peperiksaan, lakukan yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang..
berusahalah semampunya demi UMMAH..

SELAMAT BERJUANG...... SAHABAT - SAHABATKU

Khamis, 26 November 2009

sALam AIDiladHA


SELAMAT HARI RAYA....
korban kan kehendak dan nafsu untuk mencapai keredhaan Allah SWT...
KERANA itu kita di ciptakan iaitu untuk mentauhidkanNYA...
BUKAN harta semata-mata...

Khamis, 19 November 2009

keboSAnan....

bosan...
BOSAN...
BOsan...
tiada ungkapan laen yang boleh ku katakan...
ia la pa je yang aku buat kat rumah..
makan , tido , makan , todo...
nak keluar hujan je...
so nak keluar pon tak de mood...
so ape lagi keje yang aku leh buat...
tengok tv je la...
kalau cerita kat tv tu best x pe la ..
tapi bosan gak..
astro pon same je..
mahal je lebih..
tapi yng membuatkan aku bertambah bossan bila
diorang tengok bola..
huh!!
secara terus terang aku memang tak suka bola..
mula -mula x la cam ni tapi bila setiap kali aku balik rumah je bola..
x de cerita lain ke?
memang bosan....

Sabtu, 14 November 2009

hARI terakhIR.....

pejam celik- pejam celik dah hari terakhir.....
memang tak dinafikan paper terakhir macam malas je nak study. pemikiran dah melayang sampai ke rumah, kot dah terbang kt negara jepun. seminggu sebelum tu berbulu je hati tengok budak junior balik termasuk la rumat.. cepat btul diorang abis.
ia la abis je minggu keempat belas, hari isnin dh start paper.
mesti tension giler
yang saya lak sempat pergi jalan-jalan and balik rumah..
berbalik semula kepada cerita asal. hari yang tak menentu menyebabkan hati bertambah risau . mane taknye..
hujan, henti, hujan, henti.. tapi memang nasib menyebelahi.. mase bertolak hujan baru je berhenti tapi bile sampai je dwn kuliah hujan turun dengan selebat-lebatnye...
nasib baik sempat kalo tak kesejukkan la nampaknye.
abis je exam saya cepat2 blik hostel kemas semua barang. hampir sejam gak la...
siap je kemas terus pergi food court pergi dinner...
tapi yang peliknya hari ni kita orng just bungkus...
nk atau tak kite orng mkn kt mne?
kte orng mkn kt tgh padang yang gelap tu hanya mengharapkan lampu jalan je yang menerangi padang... konon nye nak menikmati malam terakhir sem tiga dengan ditemani bintang2 yang bertaburan dilangit yang indah... hahaha
agak pelik la perangai kite orang..
nasib baik tak de orang kacau... hampir 3 jam juga la kite org kt sne...

tu la malam terahkir sem tiga...
semoga apa yang terjadi dalam sem tu memberi kite pengalaman yang menyeronokkan...

Isnin, 9 November 2009

Cukuplah Dia...

Disaat aku perlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
yang nyawa ku dalam tangan Nya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia tu ALLAH, Dia lah pelindungku.

bila aku bersedih hati,
Tapi tiada siapa yang ingin mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Mungkin aku hanya menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia pasti mendengrkan. Dialah pendengarku.

Dan aku pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri mahluk dalam pemerhatiannya,
Tak kira tempat ke masa,
Dia tak penah lepas pandang,
Dia lah penemanku dimana saja.

Bila aku perkukan semangat,
Tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamnya,
Disitu aku temui madah-madah indah,
Pembakar semangat yang hampir malap.

bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janji Nya,
Sungguhnya bahagia yang kekal adalah syurgawi,
Tak akan aku temui bahagia sebegitu didunia,
Lalu redhakan segala-galanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki disana

"cUti-cuTi gentiNg"

salam ......
minggu2 exam pon sempat lagi pergi genting. huhuhu konon nye nak release tension..
kabus yang tebal menyebabkan suasan tak macam kat malaysia lak..




tak ramai pon pergi... just 4 orang. tapi seronok la.
kalo korang nak p mesti no genap..
so nnt ble main x de duduk sorang.

:) tengah menikmati suasan dingin kat jambatan.
huhu





igt seram sangat masuk rumah hantu rupa-rupanya hak!
gelap je lebih!!!!

Rabu, 4 November 2009

Selasa, 27 Oktober 2009

coNFuSe....

aaaarrrr!!! pkir sana pkir sini pening. tapi aku x tau apa yang membuatkan aku confuse. hati ni masih lagi x tetap, masih lagi nak bermain-main, kadang-kadang, tiba-tiba je rasa sedih. bila orang tanya kenapa? aku sendiri x tau. tapi aku dapat merasakan bahawa hati aku ni sakit penuh dengan kesedihan dan kesunyian... yang membuatkan aku terkilan apabila aku betemu dengan seorang yang tidak dikenali yang asing bagi ku... " dik pak cik tau kamu kesunyian, walaupun muka kamu sentiasa ceria dan keriangan tapi pak cik nampak dik" terkejut aku di depan teman-temanku..." usah la adik berdusta lagi dik. cuba adik berkongsi supaya hilang segala duka" aku terpaku seketika.... entah bagaimana air mata ku keluar dari kelopak mata ku....

"dik cari la teman untuk penyeri hidup"

Selasa, 20 Oktober 2009

fiNaAl eXaM ....

31.10.2009 stress and coping

2.11.2009 lab test.

7.11.2009 pcychology child development

9.11.2009 programing one.

10.11.2009 coporat communication.

12.11.2009 e-communiti & community conventional.

13.11.2009 perancangan & penilaian program.

TO ALL MY FRIENDS GOOD LUCK.....!!!
STUDY SMART...
:)

Jumaat, 16 Oktober 2009

MaaFkaN kuu...


peristiwa ini mengingatkan daku kepada seorang teman...
perkenalan yang disengajakan, tetapi mendustakannya...
adakah aku seorang yang jahil?
tapi apa kan daya diri ku untuk merahsiakannya..
janji tetap janji,,,
aku telah memilih janji berbanding seorang sahabat..
berakhir segala-galanya...
walaupun hati ini berat untuk melepaskannya...
bagaimana kah keadaan nya sekarang?
adakah dia juga mengingatiku?
adakah dia berdendam dengan ku?
ataupun dia merana kerana ku?

dengar lahi!!!
aku ingin di kau tahu bahawa aku ikhlas bukan untuk memainkanmu..


itu adalah keputusan mu,,,,,

naSIhat &penGajarAN

*Apabila seseorng bertanya anda soalan yng tidak ingin menjawabnya, senyumla dan ajukan
kepadanya soalan"mengapa anda mahu mengetahui jawapannya?"
*Ingat la selalu, jalan menuju kejayaan yang besar mengandungi bahaya yang juga besar.
*Hormatilah tiga perkara:
  • hormati diri anda.
  • hormati orang lain.
  • hormatilah tindak tanduk anda serta bertanggungjawab di atas semua tindak tanduk anda itu

Ahad, 11 Oktober 2009

tinggal dua je lagi asgmnt...... x sabar-sabar nak abis bagi semua stres ni kuar.....
dah banyak yang terpendam:( tak larat nak menyimpan lagi... nanti pecah macam gunung berapi lak ... hehehe :)
lagi 2 minngu final akan menjelang. memang lah banyak yang tak prepare lagi tapi tak sabar-sabar rasanye coz dah x tahan nak duduk sem tiga ni.. tak sabar-sabar nak cuti,, nak berehat kan oatak dan minda. duduk rumah nanti leh main ngan adik-adik tak yah fikir banyak....
nanti nak buang semua kenangan yang pahit huhu dalam sem ni terutamanya man.. huu

Rabu, 7 Oktober 2009

kAki kelEntoN

HAHAHAHA……Bawak2 la bertaubat…..

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. "Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.

"Kenapa begitu bang?" Tanya isterinya.

"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.

Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."

Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

Ever seen these animals before?

Honduran Ghost Bat



Glass Frog


Gaint Coconut Crab

Angora Rabbit

Komondor Dog


Blob Fish

Aye aye

Yeti Crab


Matamata turtle



Saiga Antelope

Star-nosed Mole

Khamis, 24 September 2009

selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat..... saya NOR HAZLINDA memohon seribu kemaafan jika ada silap dan salah.... semoga anda smua seronok membaca blog saya ini...

Khamis, 3 September 2009

seni memilih sahabat

Salah seorang failasof berkata, "andai engkau berkawan, berkawanlah engkau dengan orang2 yang baik. Sesungguhnya orang2 yang jahat itu umpama batu yang tidak memancarkan air. Bak pohon yang daunnya tidak menghijau. Bagaikan tanah yang tidak menumbuhkan benih.
Failasof terus menitipkan kata2 hikmah," janganlah kiranya engkau berkawan dengan 5 jenis manusia, dan janganlah pula engkau menjadikan meraka saudara;
  • orang yang fasik, kerana ia sanggup memukul hanya disebabkan sesuap makan.
  • orang yang bahil, kerana dia akan membiarkanmu, tidak menghulurkan hartanya kepada kamu meskipun engkau sangat2 memerlukan bantuannya.
  • pembohong, kerana dia bagai fatamorgana, dia menjauhkan daripada kamu orang yang dekat dengan kamu (sahabat) dan mendekatkan kepada kamu orang yang jauh dari kamu(musuh).
  • orang yang tolol, kerana ia akan melakukan sesuatu yang bermanfaat bagimu tapi memudaratkanmu
  • orang yang memutuskan silaturrahim, sesungguhnya dia dilaknat dalam kitab Allah".






Rabu, 2 September 2009

madah bicara

Hari ini merupakan hari pertama aku menjajakkan tangan di muka blog. Sebelum ini aku cuma seorang pembaca blog.pengalaman aku di dalam menulis blog ini sangat kurang walau bagaimanapun aku akan cuba yang terbaik dalam memberi coretan hati hazlinda. sebarang kesilapan sila hantarkan comment anda dan memohon seribu kemaafan. :)