Jumaat, 5 Februari 2010

"kucing ku labu"


LABU...
AKHIR nya kau pergi jua walaupon berat untuk melepaskan.
akak rindu...
rindu sangat. hanya Allah je yang tahu.
dahulu masa labu berada di sisi akak, labu la peneman akak ketika akak sedih, gembira dan labu juga tempat akak meluahkan perasaan.
akak dah anggap labu macam adik akak dan akak sayang labu lebih akak sayang adik akak. bahagianya akak masa tu bila labu disamping akak, sehingga angan2 pon timbul kalau la labu manusia akak akan serahkan jiwa dan raga akak kat labu kerana akak betul2 sayang labu.
akak ingat lagi pertama kali akak keluar dari rumah untuk untuk menyambung cita-cita akak menangis, bukan disebabkan orang lain tapi disebabkan labu....
akak risau labu sakit rindu akak, tunggu akak..
tapi x lama akak pergi labu jatuh sakit..
akak sedih sangat, sangat2 sedih.
tapi labu pergi juga. pergi meninggalkan akak selama-lamanya.
berapa kali dah akak cakap jgn duk bawah kereta, labu degil! tgk ap dah jadi? labu pergi dengan cara yang begitu menyakitkan kene "langgar".
turut hati akak nak je akak balik masa tu tengok labu kali terakir walaupon memilukan.

apa yang menyedihkan lagi janji akak kat labu masih tidak tertunai.....
labu maafkan akak
akak harap kita berjuma lagi..
akak sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat labu