Ahad, 17 Januari 2010

16.01.2010...

HARI YANG PALING SUSAH UNTUK DILUPAKAN.....
tepat je jam 12 pada pada 16.1.2010 lampu telah pon dipadamkan.. namun bilik diterangi oleh cahaya luar. hampir 15 minit aku mengakukan diri diatas katil dengan memikirkan apa yang akan terjadi pada diriku pada usia ini.
adakah aku dapat menjalani sebuah kehidupan yang bahagia?
adakah segala perancanganku akan berjalan dengan lancar?
mmmmmmm satu keluhan keluar dari hati ku...
sedang asyik aku termenung, aku dikejutkan oleh satu ketukan yang agak kuat.. seolah-olah baju yang ku gantung diluar akan melayang kebawah dicampak oleh felo...
lantas aku segera membuka pintu, dan dengan serta merta aku LAGU BIRTHDAY BERKUMANDANG DITELINGA ku...
aku tidak sangka yang kawan-kawan akan mengingatiku.... aku sungguh terharu.. terima kasih azreen, terima kasih azimah...

pada keesokkan harinya, masaku sehari suntuk dihabiskan di times square bersama orang yang tersayang. bahagia sungguh dapat meraikan bersama nya.. perasaan rinduku padnya juga terubat...

memang tidak dapat dinafikan kepenatan yang dialami.. aku menghabiskan masa ku dari jam 9mlm sehingga 12 dengan berhubung melalui telefon kawan2 yang lama.. ia la dapat call free la katakan. heheheheh. tah macam mane tibe2 jiran sebelah bilik ku mengajak menemankan tdo di biliknya....aku mendapatkan kebenaran dari rumate ku untuk menemankannya... namun tiada bantahan darinya...
hampir 10 minit juga la aku didalam biliknya... kami berbual... tiba2 dia mengajak ku menemani nye ketandas... entah mengapa aku melihat suasan diluar yang sungguh gelap.." aku bertanya pada diri ku kenapa semua orang tidur awal. sampi lampu tandas dan bilik pantry pon di tutup nya.... aku dengan berani menuju ke bilik pantry untuk membuka semula lampu yang ditutup.. tiba2 aku ternampak kelibat lembaga didalam bilik itu, secara tidak sengaja aku mulut ku menjerit dan kakiku mula membuka langkah untuk berlari.. namun aku ditangkap oleh seorang yang aku amat kenali dan satu balingan tepung kena dimuka ku... lampu dibuka dan lagu birthday dimainkan diiringi oleh satu letupan kecil adan aksi baling membaling pon terjadi..... terharunya perasaan ini kerana kehadiran ku di hargai oleh sahabat satu aras ku.... terima kasih kawan-kawan aras tiga .... saya sangat gembira.