Selasa, 27 Oktober 2009

coNFuSe....

aaaarrrr!!! pkir sana pkir sini pening. tapi aku x tau apa yang membuatkan aku confuse. hati ni masih lagi x tetap, masih lagi nak bermain-main, kadang-kadang, tiba-tiba je rasa sedih. bila orang tanya kenapa? aku sendiri x tau. tapi aku dapat merasakan bahawa hati aku ni sakit penuh dengan kesedihan dan kesunyian... yang membuatkan aku terkilan apabila aku betemu dengan seorang yang tidak dikenali yang asing bagi ku... " dik pak cik tau kamu kesunyian, walaupun muka kamu sentiasa ceria dan keriangan tapi pak cik nampak dik" terkejut aku di depan teman-temanku..." usah la adik berdusta lagi dik. cuba adik berkongsi supaya hilang segala duka" aku terpaku seketika.... entah bagaimana air mata ku keluar dari kelopak mata ku....

"dik cari la teman untuk penyeri hidup"

Selasa, 20 Oktober 2009

fiNaAl eXaM ....

31.10.2009 stress and coping

2.11.2009 lab test.

7.11.2009 pcychology child development

9.11.2009 programing one.

10.11.2009 coporat communication.

12.11.2009 e-communiti & community conventional.

13.11.2009 perancangan & penilaian program.

TO ALL MY FRIENDS GOOD LUCK.....!!!
STUDY SMART...
:)

Jumaat, 16 Oktober 2009

MaaFkaN kuu...


peristiwa ini mengingatkan daku kepada seorang teman...
perkenalan yang disengajakan, tetapi mendustakannya...
adakah aku seorang yang jahil?
tapi apa kan daya diri ku untuk merahsiakannya..
janji tetap janji,,,
aku telah memilih janji berbanding seorang sahabat..
berakhir segala-galanya...
walaupun hati ini berat untuk melepaskannya...
bagaimana kah keadaan nya sekarang?
adakah dia juga mengingatiku?
adakah dia berdendam dengan ku?
ataupun dia merana kerana ku?

dengar lahi!!!
aku ingin di kau tahu bahawa aku ikhlas bukan untuk memainkanmu..


itu adalah keputusan mu,,,,,

naSIhat &penGajarAN

*Apabila seseorng bertanya anda soalan yng tidak ingin menjawabnya, senyumla dan ajukan
kepadanya soalan"mengapa anda mahu mengetahui jawapannya?"
*Ingat la selalu, jalan menuju kejayaan yang besar mengandungi bahaya yang juga besar.
*Hormatilah tiga perkara:
  • hormati diri anda.
  • hormati orang lain.
  • hormatilah tindak tanduk anda serta bertanggungjawab di atas semua tindak tanduk anda itu

Ahad, 11 Oktober 2009

tinggal dua je lagi asgmnt...... x sabar-sabar nak abis bagi semua stres ni kuar.....
dah banyak yang terpendam:( tak larat nak menyimpan lagi... nanti pecah macam gunung berapi lak ... hehehe :)
lagi 2 minngu final akan menjelang. memang lah banyak yang tak prepare lagi tapi tak sabar-sabar rasanye coz dah x tahan nak duduk sem tiga ni.. tak sabar-sabar nak cuti,, nak berehat kan oatak dan minda. duduk rumah nanti leh main ngan adik-adik tak yah fikir banyak....
nanti nak buang semua kenangan yang pahit huhu dalam sem ni terutamanya man.. huu

Rabu, 7 Oktober 2009

kAki kelEntoN

HAHAHAHA……Bawak2 la bertaubat…..

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. "Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.

"Kenapa begitu bang?" Tanya isterinya.

"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.

Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."

Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

Ever seen these animals before?

Honduran Ghost Bat



Glass Frog


Gaint Coconut Crab

Angora Rabbit

Komondor Dog


Blob Fish

Aye aye

Yeti Crab


Matamata turtle



Saiga Antelope

Star-nosed Mole