Khamis, 3 September 2009

seni memilih sahabat

Salah seorang failasof berkata, "andai engkau berkawan, berkawanlah engkau dengan orang2 yang baik. Sesungguhnya orang2 yang jahat itu umpama batu yang tidak memancarkan air. Bak pohon yang daunnya tidak menghijau. Bagaikan tanah yang tidak menumbuhkan benih.
Failasof terus menitipkan kata2 hikmah," janganlah kiranya engkau berkawan dengan 5 jenis manusia, dan janganlah pula engkau menjadikan meraka saudara;
  • orang yang fasik, kerana ia sanggup memukul hanya disebabkan sesuap makan.
  • orang yang bahil, kerana dia akan membiarkanmu, tidak menghulurkan hartanya kepada kamu meskipun engkau sangat2 memerlukan bantuannya.
  • pembohong, kerana dia bagai fatamorgana, dia menjauhkan daripada kamu orang yang dekat dengan kamu (sahabat) dan mendekatkan kepada kamu orang yang jauh dari kamu(musuh).
  • orang yang tolol, kerana ia akan melakukan sesuatu yang bermanfaat bagimu tapi memudaratkanmu
  • orang yang memutuskan silaturrahim, sesungguhnya dia dilaknat dalam kitab Allah".






Tiada ulasan:

Catat Ulasan